kelingmenua

PERSEPSI RAKYAT: Pengambil alih Kerajaan Perak Oleh BN/UMNO

In General on Februari 10, 2009 at 8:23 am
Kemenangan BN/UMNO mengambil alih semula kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat melahirkan berbagai-bagai persepsi rakyat. Peralihan kerajaan ini berikutan 3 ADUN PR mengistiharkan diri sebagai Parti Bebas dan menyokong BN/UMNO Perak sebagai kerajaan. Pada PRU-12 Mac 2008 Pakatan Rakyat menang majoriti 31 kerusi berbanding BN/UMNO 28 kerusi.
  1. UMNO merupakan sebuah parti tunjang belakang kepada Barisan Nasional yang kononnya memperjuangkan kerajaan yang bersih bebas daripada korupsi, rasuah kini sanggup menerima dan berganding dengan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu yang terlibat dengan kes Rasuah seks untuk membentuk kerajaan Perak . Mereka jelas membuat pengakuan mengaku dan terlibat, walaupun belum diputuskan oleh mahkamah. Ini jelas menampakkan kerajaan Barisan Nasional melakukan apa sahaja untuk memerintah kerajaan Malaysia.
  2. Proses mengambilalihan kerajaan Perak bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang tubuh kerjaan Perak. Rakyat lagi hormati jika mengambilalihan oleh BN/UMNO sepatutunya lebih suci jika melalui proses pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri dan perletakan jawatan Ketua Menteri/ Menteri besar terlebih dahulu.
  3. Rakyat tidak mempersoalkan sekiranya dalam pilihanraya BN/UMNO majoriti menang. Tetapi majoriti kemenangan BN/UMNO adalah hasil daripada lompat parti. Yang mana pengistiharan 3 ADUN Bebas yang menyokong BN/UMNO dilakukan di media massa dan di hadapan DS Najib. Ini tidak ubah seperti keputusan di kedai kopi. Tindakan ini seolah-olah membelakangi Dewan mulia Dewan Undangan Negeri.
  4. Media massa dan berita perdana memainkan isu sensitif yang tidak ada kena mengena dengan isu Peralihan Kerajaan Perak. Soalanya adalah pembentukan kerajaan Perak melalui proses demokrasi dan perlembagaan malaysia. Perkataan DURHAKA semudah untuk diukirkan di bibir mereka. Kalau benar kita menghormati institusi Beraja, janganlah kita semudah itu memainkan isu DURHAKA. Mengadili dan menghukumi orang lain sebagai DURHAKA adalah umpa mendahului tidakan RAJA. Sedangkan perkataan DURHAKA itu melambangkan ketertinggian atau Kedaulata Raja kita, dan hanya Raja yang boleh mengucap perkataan DURHAKA.

Analisis Kemenangan PAS di P.36 Kuala Terengganu

In General on Januari 21, 2009 at 5:29 am
BARISAN NASIONAL PERLU BERUBAH… RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN
  1. Rakyat memerlukan perubahan. Perubahan terhadap pertadbiran sedia ada kerajan BN terutamanya UMNO. Sebelum kerajaan berubah BN perlu Berubah. Perubahan yang rakyat maksudkan adalah perubahan dari segi cara pertadbiran yang jauh daripada skandal rasuah, korup, kroni dll.
  2. Kemenangan PAS bukan menandakan 100% rakyat menyokong Pakatan Rakyat tetapi adalah kaedah yang paling baik dalam Sistem Demokrasi untuk menegur kerajaan sekiranya kerajaan lalai dengan tanggungkawab mereka sebagai pembela nasib rakyat. Nasib BN ini akan berterusan di seluruh negara sekiranya kerajaan BN masih tidak mahu mendengar rintihan rakyat.
  3. Rakyat kini sudah bijak dan sedar dengan KUASAnya untuk memilih/menentukan PARTI yang layak sebagai kerajaan. Kebijaksaan ini tidak dapat dipengaruhi oleh mana-mana pihak walau apacara sekali pun termasuklah taktik janji manis pembangunan atau ditawarkan jutaan wang ringgit.
  4. Kemenangan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu pada pilihanraya kecil sudah jelas menjatuhkan kreabiliti Najib yang bakal menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Cara beliau untuk meredakan gosip demi gosip skandal beliau masih belum memuaskan perasaan marah rakyat. Ini secara langsung menjadi faktor kebencian rakyat terhadap beliau. Rakyat kini sudah bijak mampu menilai/ menganaslisi secara pribadi dan secara langsung mampu untuk membuat sesuatu tindakan.
  5. Keadilan dan kesaksamaan adalah asas kepada PERPADUAN rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum. Amanah ini perlu dipertanggungjawabkan kepada kerajaan yang memerintah. Kegagalan kerajaan untuk memelihara PERPADUAN akan menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat tergugat.

Apa kata mereka: Kemenangan PAS di P.36 Kuala Terengganu

In General on Januari 20, 2009 at 7:03 am

APAK KATA MEREKA TERHADAP KEMENAGAN PAKTAN RAKYAT DI PILIHARAYA KECIL P.33 PARLIMEN KUALA TEREANGGANU PADA 16 JANUARI 2009.

  1. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KATA: “Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan. “Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan.
  2. TUN DR MAHATHIR KATA: Kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu semalam sebagai undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.”Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  3. KHAIRY JAMALUDIN KATA: Faktor calon bukan punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, ia juga bukan disebabkan kelemahan parti dan UMNO tetapi berpunca daripada banyak faktor yang perlu dilakukan bedah siasat serta diatasi.
  4. DATUK SERI NAJIB KATA: Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras dengan sistem demokrasi di negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana “suara rakyat adalah suara keramat”. “
  5. LIM KIT SIANG KATA: Keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi satu amaran kepada Umno dan kepimpinannya mengenai akibat lebih teruk yang akan mereka terima jika masih berdegil tidak mahu mendengar desakan rakyat yang mahukan perubahan.
  6. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata: Memberikan analisis secara terus terang mengenai kelemahan Umno berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Beliau berkata parti itu telah kehilangan faktor “penarik” untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.
  7. Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata: Usaha Umno dengan bantuan media massa mahu memecahkan Pakatan Rakyat makin tersasar. Ia dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.
  8. APA PULA YANG AWAK KATA? SAYA KATA……… SINI