Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, buat masa kini parti perlu melaksanakan beberapa strategi untuk menghalang cabaran baru dalam politik. Beliau yang menyifatkan politik di Sarawak seperti ‘angin yang belum menjadi tsunami’ berkata, apa yang penting ialah memenangi hati dan minda pengundi muda yang mudah terpengaruh dengan angin perubahan politik.
Beliau yang merupakan wakil rakyat bebas bersama-sama lebih 11,000 orang menyertai PKR. Johari berkata, adalah penting bagi PBB yang menjadi tulang belakang BN untuk menjadi kuat dan bersatu bagi berhadapan dengan cabaran ini.
Beliau sambil merujuk kepada situasi politik Amerika Syarikat yang memilih untuk melantik Presiden bukan daripada kalangan kulit putih berkata, PBB juga memiliki ramai calon muda yang berkaliber sebagai pelapis kepada pemimpin sedia ada.
”Kita di PBB memiliki pasukan pemimpin termasuklah orang muda yang boleh diketengahkan untuk menerajui negeri ini pada masa akan datang,” jelas beliau.
PBB TIDAK YAKIN ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA PKR BOLEH BERTIUP KENCANG LALU BERUBAH MENJADI TSUNAMI…..
