kelingmenua

Gobalakrishnan dilarang menjejaki Negeri Sarawak

In General on Januari 9, 2009 at 7:26 am
Gobalakrishnan berkata, beliau sudah banyak kali ke Sarawak sebelum ini dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan pihak imigresen negeri tersebut sehinggalah dua hari lalu. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberi sebab berhubung larangan tersebut.

Gobalakrishnan berkata, kunjungan terbarunya ke Sarawak ialah minggu lalu di mana beliau pergi ke Lubok Antu, yang terletak di selatan bandar Kuching, untuk membantu penduduk di situ membuat persediaan untuk menyambut Krismas.

“Mengapa larangan dikena ke atas saya sekarang? Ini sudah pastinya (bermotif) politik,” katanya.” Sejak beberapa bulan lalu, saya sudah beberapa kali mengunjungi rumah-rumah panjang dan saya mengumpul sokongan dari kalangan penduduknya, terutama dari kaum Dayak,” tambah Gobalakrishnan. Tambahan lagi, katanya, kerajaan negeri tersebut turut menjemputnya untuk menghadiri perayaan Hari Gawai pada bulan Jun.

“Mengapa tiba-tiba saja ini berlaku?” soalnya.’ Gobalakrishnan berkata beliau tidak akan membiarkan perkara itu begitu sahaja. Beliau mahu mencabar larangan ke atasnya itu di Mahkamah Tinggi Kuching.

Menurutnya, pihak berkuasa negeri tersebut telah melanggar Akta Imigresen.” Mereka telah menggunakan Artikel 66 (1) di mana ketua menteri mempunyai hak untuk melarang sesiapa sahaja masuk (ke Sarawak). Tetapi di bawah artikel 66 (1)(c), sebarang individu dari sebuah badan yang ditubuhkan di bawah perlembagaan persekutuan tidak boleh dilarang masuk. Dewan Rakyat adalah di bawah perlembagaan persekutuan,” hujahnya.

Disember lalu, Gobalakrishnan dilarang masuk ke Sarawak oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Beliau ke sana untuk menghantar satu seminar anjuran PKR di luar bandar Kuching dan untuk menziarahi keluarga angkatnya (Iban) di Kapit, sebuah pekan yang terletak di tengah-tengah Sarawak, sempena perayaan Krismas. PKR telah meningkatkan kempennya di menjelang pilihanraya negeri – diura-urakan akan diadakan pada 2010.

Pemimpin utamanya Datuk seri Anwar Ibrahim mendakwa pembangkang semakin kuat untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Abdul Taib.Anwar juga telah meminta barisan pemimpin kanan parti itu termasuk ahli-ahli parlimennya setiap minggu melawat Sarawak untuk menemui rakyat negeri tersebut.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tindakannya mempertahankan seorang ahli parlimen DAP bagi Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat, yang mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan Sarawak, sewaktu perbahasan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, sebelum ini. SUMBER MALAYSIA KINI