kelingmenua

Pemegang Saham Cahaya Mata Sarawak (CMS)

In General on Januari 9, 2009 at 7:31 am

Baru-baru ini Ahli parlimen DAP bagi Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat, telah mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan Sarawak, sewaktu perbahasan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika membahaskan, Chong mendakwa Taib telah memberi projek pembinaan jalan bernilai jutaan ringgit kepada syarikat milik keluarganya CMS Group – yang pengerusinya terdiri daripada anak Taib – Datuk Sulaiman Abdul Rahman Taib, yang kini menjadi menteri pelancongan.

Pemegang saham utama syarikat tersebut, termasuklah seorang lagi anak Taib – Abu Bakar Taib – selaku timbalan pengerusi – serta isteri Taib, yang menguasai syarikat tersebut.

Chong turut mengecam Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwanya gagal menyiasat perkara itu ekoran banyak projek-projek pembinaan telah diberikan kepada syarikat berkenaan oleh kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka. SUMBER: MALAYSIA KINI