kelingmenua

Tumbuk pengerusi kolej keterlaluan dan biadap

In General on Januari 14, 2009 at 7:15 am
  1. Baru-baru ni Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq, Muntadhar al-Zeidi. Keberanian wartawan ini menjadi pujaan seluruh rakyat yang membenci kezaliman Amerika Syarikat.
  2. KEBIADAPAN INI TIDAK HARUS DIWARISI DI NEGARA INI…… Semoga Penumbuk berani pengerusi Kolej New Era, Dr. Yap Sin Tian ketika menyampaikan ucapan pada majlis konvokesyen ke-10 kolej swasta itu diambil tindakan tegas.
  3. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung mengulas: ”Perbuatan ini tidak boleh diterima sama sekali, walaupun ini kes pertama dalam sejarah akademik negara, saya berharap ia tidak akan berlaku pada majlis akademik lain.
  4. ”KPT memandang berat kes ini dan warga kolej diberi amaran agar tidak meniru aksi seumpama ini kerana jika mereka ada masalah, ia boleh diselesaikan secara berhemah atau melalui lunas-lunas perundangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.