kelingmenua

Apa kata mereka: Kemenangan PAS di P.36 Kuala Terengganu

In General on Januari 20, 2009 at 7:03 am

APAK KATA MEREKA TERHADAP KEMENAGAN PAKTAN RAKYAT DI PILIHARAYA KECIL P.33 PARLIMEN KUALA TEREANGGANU PADA 16 JANUARI 2009.

  1. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KATA: “Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan. “Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan.
  2. TUN DR MAHATHIR KATA: Kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu semalam sebagai undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.”Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  3. KHAIRY JAMALUDIN KATA: Faktor calon bukan punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, ia juga bukan disebabkan kelemahan parti dan UMNO tetapi berpunca daripada banyak faktor yang perlu dilakukan bedah siasat serta diatasi.
  4. DATUK SERI NAJIB KATA: Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras dengan sistem demokrasi di negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana “suara rakyat adalah suara keramat”. “
  5. LIM KIT SIANG KATA: Keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi satu amaran kepada Umno dan kepimpinannya mengenai akibat lebih teruk yang akan mereka terima jika masih berdegil tidak mahu mendengar desakan rakyat yang mahukan perubahan.
  6. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata: Memberikan analisis secara terus terang mengenai kelemahan Umno berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Beliau berkata parti itu telah kehilangan faktor “penarik” untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.
  7. Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata: Usaha Umno dengan bantuan media massa mahu memecahkan Pakatan Rakyat makin tersasar. Ia dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.
  8. APA PULA YANG AWAK KATA? SAYA KATA……… SINI