BARISAN NASIONAL PERLU BERUBAH… RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN
-
Rakyat memerlukan perubahan. Perubahan terhadap pertadbiran sedia ada kerajan BN terutamanya UMNO. Sebelum kerajaan berubah BN perlu Berubah. Perubahan yang rakyat maksudkan adalah perubahan dari segi cara pertadbiran yang jauh daripada skandal rasuah, korup, kroni dll.
-
Kemenangan PAS bukan menandakan 100% rakyat menyokong Pakatan Rakyat tetapi adalah kaedah yang paling baik dalam Sistem Demokrasi untuk menegur kerajaan sekiranya kerajaan lalai dengan tanggungkawab mereka sebagai pembela nasib rakyat. Nasib BN ini akan berterusan di seluruh negara sekiranya kerajaan BN masih tidak mahu mendengar rintihan rakyat.
-
Rakyat kini sudah bijak dan sedar dengan KUASAnya untuk memilih/menentukan PARTI yang layak sebagai kerajaan. Kebijaksaan ini tidak dapat dipengaruhi oleh mana-mana pihak walau apacara sekali pun termasuklah taktik janji manis pembangunan atau ditawarkan jutaan wang ringgit.
-
Kemenangan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu pada pilihanraya kecil sudah jelas menjatuhkan kreabiliti Najib yang bakal menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Cara beliau untuk meredakan gosip demi gosip skandal beliau masih belum memuaskan perasaan marah rakyat. Ini secara langsung menjadi faktor kebencian rakyat terhadap beliau. Rakyat kini sudah bijak mampu menilai/ menganaslisi secara pribadi dan secara langsung mampu untuk membuat sesuatu tindakan.
-
Keadilan dan kesaksamaan adalah asas kepada PERPADUAN rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum. Amanah ini perlu dipertanggungjawabkan kepada kerajaan yang memerintah. Kegagalan kerajaan untuk memelihara PERPADUAN akan menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat tergugat.